Penganjur lawatan di alu-alukan. Sila berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut.
Ramai di antara kita yang menghadiri kursus walit, merasa tidak puas hati kerana tidak berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri persekitaran di dalam sesebuah rumah walit. Biasanya pengusaha RBW tidak akan membenarkan individu mahu pun kumpulan untuk meninjau ke dalam rumah walit miliknya.
Untuk itu, saya bersedia untuk menerima pelawat secara berkumpulan, untuk melawat rumah walit di Jerangau, Dungun dan satu dua rumah walit lain disekitaran Marang, Terengganu (mengikut kesesuaian masa yang ada). Bagai sessi lawatan ke rumah walit di Jerangau, tuan-tuan dibenarkan memasuki premis dan melihat sendiri suasana di dalamnya. Tempoh lawatan ini hanyalah di antara jam 11 pagi hinggalah ke 3.00 petang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini.