Saturday, September 3, 2011

PAKAGE LAWATAN KE RUMAH BURUNG WALIT (06hb Mei, 2012)


Penganjur lawatan di alu-alukan. Sila berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut.
Ramai di antara kita yang menghadiri kursus walit, merasa tidak puas hati kerana tidak berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri persekitaran di dalam sesebuah rumah walit. Biasanya pengusaha RBW tidak akan membenarkan individu mahu pun kumpulan untuk meninjau ke dalam rumah walit miliknya.
Untuk itu, saya bersedia untuk menerima pelawat secara berkumpulan, untuk melawat rumah walit di Jerangau, Dungun dan satu dua rumah walit lain disekitaran Marang, Terengganu (mengikut kesesuaian masa yang ada). Bagai sessi lawatan ke rumah walit di Jerangau, tuan-tuan dibenarkan memasuki premis dan melihat sendiri suasana di dalamnya. Tempoh lawatan ini hanyalah di antara jam 11 pagi hinggalah ke 3.00 petang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini.

PENGANJUR TAKLIMAT/SEMINAR DIALU-ALUKAN


Saya mempelawa individu atau mana-mana NGO yang berminat untuk menambah pendapatan, melalui penganjuran sessi taklimat/seminar industri walit.


Seminar selama satu hari bermula daripada jam 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Aturcara program saya akan sediakan. Penganjur hanya menyediakan dewan, perlataan AV dan makan-minum peserta.


Anda bolehlah berhubung dengan saya (e-mail/sms). Kos penyertaan oleh setiap peserta juga kita akan rundingkan dan mengikut kesesuaian tempat masing-masing. Pembahagian keuntungan boleh dirundingkan. Saya mengamalkan pendekatan WIN-WIN. Adalah dicadangkan jumlah peserta pada satu-satu sessi melebihi 20 orang.