Saturday, September 3, 2011

PAKAGE LAWATAN KE RUMAH BURUNG WALIT (06hb Mei, 2012)


Penganjur lawatan di alu-alukan. Sila berhubung dengan saya untuk keterangan lanjut.
Ramai di antara kita yang menghadiri kursus walit, merasa tidak puas hati kerana tidak berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri persekitaran di dalam sesebuah rumah walit. Biasanya pengusaha RBW tidak akan membenarkan individu mahu pun kumpulan untuk meninjau ke dalam rumah walit miliknya.
Untuk itu, saya bersedia untuk menerima pelawat secara berkumpulan, untuk melawat rumah walit di Jerangau, Dungun dan satu dua rumah walit lain disekitaran Marang, Terengganu (mengikut kesesuaian masa yang ada). Bagai sessi lawatan ke rumah walit di Jerangau, tuan-tuan dibenarkan memasuki premis dan melihat sendiri suasana di dalamnya. Tempoh lawatan ini hanyalah di antara jam 11 pagi hinggalah ke 3.00 petang sahaja. Jangan lepaskan peluang ini.

PENGANJUR TAKLIMAT/SEMINAR DIALU-ALUKAN


Saya mempelawa individu atau mana-mana NGO yang berminat untuk menambah pendapatan, melalui penganjuran sessi taklimat/seminar industri walit.


Seminar selama satu hari bermula daripada jam 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Aturcara program saya akan sediakan. Penganjur hanya menyediakan dewan, perlataan AV dan makan-minum peserta.


Anda bolehlah berhubung dengan saya (e-mail/sms). Kos penyertaan oleh setiap peserta juga kita akan rundingkan dan mengikut kesesuaian tempat masing-masing. Pembahagian keuntungan boleh dirundingkan. Saya mengamalkan pendekatan WIN-WIN. Adalah dicadangkan jumlah peserta pada satu-satu sessi melebihi 20 orang.

Sunday, December 26, 2010

CD PENGURUSAN RUMAH WALIT: DAPATKAN DI SINI ( 3Hb JUN 2011 )



Pengurusan rumah walit yang betul menjamin keberhasilan sarang yang banyak (setanding dengan umur rumah) dan berkualiti tinggi. Penulisan mengenai pengurusan rumah walit tiada lagi di pasaran dan pengusaha yang berjaya tidak pula bercerita mengenainya.

Saya telah muatkan amalan-amalan tersebut di dalam sebuah CD (seperti gambar disebelah). Anda boleh mendapatkan CD ini dengan harga
RM 100.00 ( Ringgit: Satu Ratus Sahaja,
termasuk bayaran pos laju)

Sila masukkan amaun tersebut ke akaun CIMB
( No Akaun: 0605-0035997-52-9 ) atas nama
Dr Azizol.

Setelah dimasukkan, sila maklumkan kepada
saya melalui sms ke nombor 019-9550959.

Terima Kasih di atas minat anda.

KURSUS ASAS INDUSTRI WALIT : DAFTAR DI SINI (06Hb MEI, 2011 )


Kami satu-satunya penganjur yang ada kemudahan rumah walit, yang berhasil, yang para peserta boleh melihat dan merasai suasana di dalam sebuah rumah walit sebenar. Tiada sepertinya di seminar atau kursus walit yang lain.



Hantarkan maklumat berikut secara sms ke 019 9550959 atau hantarkan melalui e-mail ini ( azizolms@gmail.com)

1. Nama Penuh,
2. No Kad Pengenalan,
3. Lokasi anda.
4. No Fon atau Alamat e-mail anda.

Kami akan buat susulan berikutnya.

Anda juga boleh melihat maklumat yang sama dengan melayari facebook AgWalittrainingcentre, atau pun terus ke blog saya yang terbaharu di www.walitkewalet.blogspot.com dan lihat paparan bulan March.

Terima Kasih
Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, June 5, 2010

PEMBINAAN RUMAH WALIT BARU (06Hb MEI, 2012 )




SAYA BERSEDIA MEMBANTU bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan MENGUJI KESESUAIAN TAPAK untuk pembinaan RBW, atau pun memerlukan nasehat teknikal dalam usaha untuk mendirikan RBW mampu milik.


Sila berhubung dengan saya di talian 019-9167341 atau e-mail: azizolms@gmail.com.


Kos untuk menguji kesesuaian tapak:
1. Kos Ujian: RM 200.00 untuk satu lokasi.
2. Kos penginapan (jika terlibat) dan secara purata RM200.00 untuk semalaman.
3. Kos perbatuan, dan tuntutan ialah RM0.50 sekilometer pergi dan balik daripada
Kuala Terengganu.


Kos untuk khidmat nasehat teknikal( Konsaltant) untuk SATU PERJALANAN:
1. Kos rundungan teknikal: RM750.00 di tambah dengan,
2. Kos-Kos no 2 dan no 3 diatas (kos untuk menguji kesesuaian tapak).


JIKA ANDA ADA KONTREKTOR SENDIRI


Saya boleh memberikan khidmat menydiakan pelan bangunan, mengikut bajet yang ada, rundingcara semasa pembinaan, rundingcara pendawaaian sistem audio, dan pemilihan lagu yang sesuai untuk satu-satu lokasi.


Saya menunggu panggilan atau sms atau e-mail anda.


"JOMKITABUATWALIT"

Rumah Burung Walit Yang Bermasalah (06Hb Mei, 2012 )

Saya akui dan mengetahui memang banyak RBW yang telah didirikan TETAPI tidak dihuni walit setelah 6 bulan atau lebih membuat panggilan dan memikat walit. Di anggarkan sehingga 70% RBW yang dibina hari ini gagal mencapai tahap Rumah Burung Walit Yang Berjaya. Saya berani menyatakan 95% daripadanya disebabkan oleh masalah teknikal, khususnya rekabentuk RBW, sistem pendawaian audio, pengurusan rumah yang tidak betul dan lagu yang digunakan tidak sesuai bagi lokasi berkenaan.


Sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, dan memerlukan bantuan (khidmat nasehat) SAYA SEDIA MEMBANTU. Bagi tujuan ini tuan perlulah berhubung terus dengan saya (handfon 019-9167341 atau e-mail: azizolms@gmail.com). 


Setelah lawatan ke premis walit di buat saya kan mengeluarkan laporan yang mengandungi perihal( mengikut kepakaran saya)atau perubahan yang perlu dibuat untuk mengembalikan keadaan. Jika saya tidak mampu mengubahnya, juga akan saya nyatakan secara bertulis.


Kos rundingcara ini adalah, BAGI SATU PERJALANAN seperti berikut:-


1. Rundingcara : RM 750.00
2. Penginapan untuk satu atau dua malam (bergantung pada jarak): RM200.00
untuk satu malam, DAN
3. Tuntutan perbatuan (jarak lokasi premis daripada Kuala Terengganu) pada
kadar RM 0.50 sekilometer.


Proses berikutnya akan dimeterai melalui sms.

TAKLIMAT INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT ( 3Hb JUN 2011 )

Saya akui memang ramai orang Malaysia, khususnya orang Melayu, belum mengetahui industri ini, sungguh pun mereka berkedudukan di lokasi yang amat sesuai untuk membangunkan sebuah RBW yang produktif. Saya, setelah dua tahun meneliti dan mengkaji potensi industri dan bidang usaha ini, memang tidak boleh dinafikan lagi ia adalah merupakan satu bidang usaha yang berpotensi tinggi, sejajar dengan keputusan dasar oleh kerajaan persekutuan.

Saya telah banyak membuat pembentangan (pembentangan power point) di seminar-seminar dan juga sessi kumpulan kecil di merata tempat. Hasilnya, ramai di kalangan mereka khususnya orang Melayu telah mula membuka mata dan terlibat dengan membina RBW sendiri. Atas initiatif yang sama industri ini telah meletup di daerah Rompin dan Jengka, Pahang, dan akan meletup di Alor Gajah Melaka dalam masa terdekat.

Jadi jangan ketinggalan. Barangsiapa yang berminat boleh memnghubungi saya bagi tujuan taklimat tersebut. Saya boleh dihubungi melalui handfon 019-9167341 atau e-mail saya azizolms@gmail.com.

Bayaran satu sessi taklimat penuh sehari ( 9pg-5ptg) ialah RM3,500 (Ringgit Malaysia: Tiga ribu lima ratus sahaja).

Jangan ketingalan, rugi nanti.